Saintis berjaya hasilkan klon spesies serigala purba wujud 12,500 tahun lalu

Saintis berjaya hasilkan klon spesies serigala purba wujud 12,500 tahun lalu

KLON serigala purba yang dilahirkan syarikat bioteknologi Colossal Biosciences kini ditempatkan di sebuah lokasi rahsia seluas 809 hektar.-AGENSI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DALLAS: Syarikat bioteknologi Colossal Biosciences berpangkalan di Texas mencatat sejarah apabila berjaya melahirkan klon spesies serigala purba, sekali gus menjadikannya haiwan pupus pertama yang berjaya ‘hidup kembali’ dalam sejarah sains moden.

Menerusi teknologi penyuntingan asid deoksiribonukleik (DNA) dan klon, Colossal menghasilkan tiga anak dire wolf dengan mengubah suai gen serigala kelabu, spesies terdekat yang masih wujud sehingga menyerupai ciri fizikal haiwan purba berusia lebih 12,500 tahun itu.

Dire wolf atau nama saintifiknya ‘Aenocyon dirus’, yang popular sebagai inspirasi kepada makhluk ganas dalam siri televisyen HBO Game of Thrones, pernah menjadi pemangsa terunggul di benua Amerika Utara ribuan tahun dahulu. 

Menurut Colossal, haiwan itu bersaiz lebih besar daripada serigala kelabu serta memiliki kepala lebih lebar, bulu tebal dan rahang yang lebih kuat.

Ketua Pegawai Eksekutif Colossal, Ben Lamm berkata, kejayaan ini merupakan pencapaian utama pertama yang membuktikan keberkesanan keseluruhan rangkaian teknologi pengklonan spesies pupus yang dibangunkan pihaknya sejak 2021.

“Kami mengambil DNA daripada gigi berusia 13,000 tahun dan tengkorak berusia 72,000 tahun untuk menghasilkan anak-anak dire wolf yang sihat,” katanya dalam satu kenyataan.

Tiga ekor anak dire wolf itu kini ditempatkan di sebuah lokasi rahsia seluas 809 hektar yang dikelilingi pagar keselamatan setinggi tiga meter dan dilengkapi kawalan ketat termasuk pengawasan dron serta kamera litar tertutup (CCTV). 

Sejak diasaskan oleh Lamm bersama Pakar Genetik Harvard, George Church pada September 2021, Colossal telah mengumpul dana lebih AS$435 juta (RM1.95 bilion) termasuk bagi usaha menghidupkan semula spesies mammoth berbulu dan burung dodo dan ianya dijangka menghasilkan anak pertama menjelang 2028.

Teknologi yang digunakan untuk mencipta dire wolf turut digunakan untuk mengklon dua kelompok serigala merah, spesies serigala paling terancam di Amerika Syarikat (AS) dan kaedah itu disifatkan lebih mesra haiwan dan tidak invasif.

Walaupun mencetuskan kontroversi dalam kalangan saintis dan aktivis alam sekitar, kejayaan Colossal mewujudkan anak dire wolf pertama ini dianggap titik tolak penting dalam sejarah sains kehidupan sekali gus membuka lembaran baharu antara keajaiban bioteknologi dan persoalan moral manusia terhadap alam semula jadi. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya