Remaja perempuan 14 tahun maut dibaham singa berhampiran Taman Negara Nairobi - Utusan Malaysia

Remaja perempuan 14 tahun maut dibaham singa berhampiran Taman Negara Nairobi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NAIROBI: Seekor singa betina membaham seorang gadis berusia 14 tahun di sebuah ladang berhampiran sempadan selatan Taman Negara Nairobi, menurut Perkhidmatan Hidupan Liar Kenya (KWS), pada Ahad.

Menurut Pengurus Kanan Komunikasi Korporat KWS, Paul Udoto kepada CNN, haiwan tersebut dipercayai memasuki kawasan perumahan berdekatan Taman Negara Nairobi pada malam Sabtu selepas melepasi pagar sementara.

“Singa betina itu kemudian memasuki sebuah rumah dan menyerang mangsa bersama seorang remaja lain,” jelasnya.

Susulan insiden itu, seorang lagi remaja yang berada di dalam rumah tersebut segera membunyikan amaran, mendorong pasukan KWS dan kecemasan bertindak balas.

Pasukan KWS kemudiannya mengesan kesan darah yang membawa ke Sungai Mbagathi, di mana mayat mangsa ditemui dengan kecederaan di bahagian belakang badan.

Pihak berkuasa selepas itu memasang perangkap dan memperkukuh langkah keselamatan, termasuk memasang pagar elektrik dan sistem amaran awal berasaskan AI untuk memaklumkan komuniti tentang pergerakan haiwan liar di kawasan berhampiran.

Serangan singa dan gajah dikategorikan sebagai jarang berlaku, tetapi mungkin terjadi di kawasan terpencil berhampiran taman negara dan rizab hidupan liar.

Menurut Udoto, serangan singa menyumbang kurang dua peratus daripada semua insiden manusia-hidupan liar yang dilaporkan. Kejadian melibatkan gajah lebih kerap berlaku semasa musim kemarau apabila haiwan ini berhijrah mencari air dan makanan lalu bertembung dengan kawasan pertanian atau penempatan manusia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya