Polis Thailand tahan suspek dipercayai rakyat Malaysia samun kedai emas di Hat Yai - Utusan Malaysia

Polis Thailand tahan suspek dipercayai rakyat Malaysia samun kedai emas di Hat Yai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Polis Thailand menahan seorang lelaki warga emas disyaki terlibat kes rompakan kedai emas di daerah Nonthaburi, dekat sini, pada petang Rabu.

Pemangku Ketua Polis Siasatan Bahagian Ke-6, Kol. Pol. Anusorn Thongsai berkata, suspek yang dipercayai rakyat Malaysia yang melakukan rompakan di sebuah kedai emas di Hat Yai pada Selasa dan melarikan diri ke Bangkok, ditahan ketika dalam perjalanan dipercayai menuju ke rumah anaknya di Nonthaburi.

Menurut Anusorn, suspek yang berusia 61 tahun itu, cuba menyamar menggunakan pelbagai identiti bagi mengelak daripada dikesan pihak berkuasa semasa berada di Thailand.

“Siasatan awal mendapati suspek menaiki bas dari Hat Yai ke stesen bas Mochit di Bangkok sebelum cuba menaiki teksi ke rumah anaknya di Nonthaburi.

“Anggota polis menahan suspek pada kira-kira 6.30 petang waktu tempatan, bersama barang bukti berupa emas, sepucuk pistol dan beberapa butir peluru hidup,” katanya.

Suspek kini direman untuk siasatan lanjut dan akan dikenakan tindakan undang-undang di Thailand.

Siasatan mendapati suspek bertindak bersendirian dengan menaiki motosikal untuk merompak sebuah kedai emas di Plaza Hat Yai sekitar 11.50 pagi Selasa.

Suspek menggunakan pistol untuk melarikan emas bernilai lebih kurang 9 juta baht (RM1.17 juta).

Berikutan kejadian itu, polis Thailand telah mengeluarkan waran tangkap dan memperketat kawalan di semua pintu keluar sempadan bagi menghalang suspek daripada melarikan diri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya