LONDON: Ibu pejabat polis Metropolitan London mengenal pasti pembentangan menggunakan Microsoft PowerPoint boleh mengakibatkan ancaman serangan jantung.
Sehubungan itu, mereka mengeluarkan garis panduan baharu yang melarang sebarang bunyi kuat dalam pembentangan bagi mengelakkan risiko tersebut daripada berlaku.
Menurut dokumen 34 halaman yang disediakan oleh MetBats (Sistem Taklimat dan Tugasan Polis Metropolitan), bunyi kuat boleh menyebabkan pembaca yang tidak menyedari masalah jantung mengalami serangan.
Garis panduan itu juga menegaskan gambar berputar, berkelip, atau animasi boleh meningkatkan risiko serangan epilepsi dan tidak boleh digunakan.
Dokumen tersebut ditujukan kepada pegawai, penyelia, dan pasukan tindakan namun, larangan ini mencetuskan reaksi skeptikal.
Apabila Daily Mail mempersoalkan sama ada nasihat ini sesuai untuk pasukan yang bertugas dalam keadaan stres melindungi orang awam, jurucakap polis menjelaskan pembentangan tersebut untuk kakitangan dalam organisasi berjumlah 50,000 orang dengan pelbagai peranan.
“Nasihat ini untuk dipertimbangkan oleh mereka yang mungkin tidak berdepan situasi berisiko tinggi,” katanya.
Larangan oleh pihak atasan ini berkemungkinan ingin mengelak lebih banyak kemalangan susulan pendedahan Freedom of Information bahawa polis London melaporkan hampir 6,000 kemalangan ketika bekerja kerja dalam setahun, satu daripadanya disebabkan pendedahan kepada bunyi bising.