Penumpang tidak perlu lagi imbas pas masuk sebelum menaiki pesawat

Penumpang tidak perlu lagi imbas pas masuk sebelum menaiki pesawat

PENUMPANG kapal terbang tidak perlu lagi mengimbas pas masuk atau mendaftar masuk di kaunter sebelum menaiki pesawat dalam tempoh tiga tahun akan datang. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Penumpang kapal terbang tidak perlu lagi mengimbas pas masuk atau mendaftar masuk di kaunter sebelum menaiki pesawat apabila satu sistem baharu diperkenalkan dalam tempoh tiga tahun akan datang, menurut Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

Dalam perubahan yang disifatkan sebagai paling besar dalam industri penerbangan dalam tempoh 50 tahun, proses perjalanan akan dipermudahkan sepenuhnya menerusi pengenalan teknologi pengecaman wajah dan dokumen perjalanan digital.

Melalui sistem baharu itu, penumpang hanya perlu mengimbas wajah masing-masing sebaik tiba di lapangan terbang, manakala maklumat pasport akan dimuat naik terus ke dalam telefon pintar.

Langkah ini secara langsung menghapuskan keperluan membawa dokumen fizikal seperti pasport dan pas masuk sebaliknya, penumpang akan mempunyai dokumen perjalanan digital yang mengandungi semua maklumat penting termasuk butiran penerbangan.

Sebagai sebahagian daripada sistem ini, penumpang akan diminta memuat turun ‘journey pass’ ke dalam telefon pintar masing-masing, yang akan mengemas kini maklumat secara automatik sekiranya berlaku kelewatan atau pembatalan penerbangan.

Mengikut jumlah bagasi yang dibawa, penumpang akan melalui sekuriti sama ada di kawasan serahan bagasi atau di pintu kawalan keselamatan.

Identiti dan hasrat penumpang untuk terbang akan disahkan menerusi imbasan wajah di pintu keselamatan lapangan terbang.

Ketika ini, penumpang masih perlu mencetak atau memuat turun pas masuk dan mengimbasnya di pintu pelepasan namun, sistem baharu ini dijangka mempercepatkan proses keseluruhan di lapangan terbang dengan pengurangan keperluan semakan manual.

Bagaimanapun, sistem ini memerlukan lapangan terbang memasang teknologi pengecaman wajah yang boleh mengimbas gambar pasport dan wajah penumpang dan semua data yang diimbas semasa proses daftar masuk tidak akan disimpan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya