Pengguna AS borong barang mewah dalam aplikasi China

Pengguna AS borong barang mewah dalam aplikasi China

APLIKASI pembelian dalam talian, DHGate paling banyak dimuat turun oleh pengguna Amerika Syarikat untuk memberi pelbagai barangan. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Penduduk Amerika Syarikat (AS) kini berpusu-pusu memuat turun aplikasi e-dagang dari China seperti Temu, Taobao, Shein dan DHgate, dalam usaha untuk membeli barangan pada harga lebih murah sebelum tarif baharu dilaksanakan bermula 2 Mei ini.

Langkah drastik itu diambil susulan kebimbangan pengguna terhadap pelaksanaan dasar Presiden AS, Donald Trump yang bakal mengenakan cukai terhadap barangan import dari China bernilai AS$800 (RM3,816) ke bawah, apabila pengecualian cukai import dikenali sebagai de minimis tamat tempoh pada awal bulan depan.

Lantaran itu, pengguna AS mula menempah barangan se­perti kasut, pakaian dan beg mewah terus dari aplikasi China sebelum tarikh kuat kuasa tersebut.

Enam daripada 11 aplikasi membeli-belah paling banyak dimuat turun di Apple App Store AS adalah dari China.

Aplikasi DHgate, yang sebelum ini kurang dikenali, kini melonjak ke tangga kedua selepas ChatGPT dari segi jumlah muat turun.

Data firma kecerdasan aplikasi, Appfigures, menunjukkan lonjakan muat turun DHgate di AS meningkat sebanyak 940 peratus daripada purata 30 hari sebelumnya.

Fenomena ini mendapat perhatian semula apabila isu tarif AS-China memuncak, sekali gus mendorong pembeli lebih berjimat dan berwaspada.

Walaupun produk dari China mungkin menawarkan harga lebih rendah, namun pakar memberi amaran agar tidak menilai barangan semata-mata berdasarkan harga namun, terdapat kebimbangan tentang kemampuan platform seperti DHgate untuk mengendalikan permintaan pengguna individu kerana ia pada asalnya dibina untuk urus niaga antara perniagaan (B2B).

Sesetengah pengguna di TikTok juga mula meluahkan rasa tidak puas hati terhadap produk DHgate yang dianggap tidak setanding dengan produk asli.

Tatkala perang tarif antara AS dan China semakin memuncak, pengguna Amerika membuktikan mereka bersedia untuk mencari jalan alternatif walaupun perlu membeli terus dari kilang di China. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya