Penduduk protes rumah sewa di Sepanyol semakin terhad

Penduduk protes rumah sewa di Sepanyol semakin terhad

PENUNJUK perasaan membawa kain rentang dan sepanduk ketika menyertai protes krisis perumahan di Madrid, Sepanyol kelmarin. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARCELONA: Puluhan ribu penduduk mengadakan demonstrasi sebagai protes terhadap kekurangan kediaman yang boleh disewa di seluruh Sepanyol, kelmarin.

Pihak berkuasa memaklumkan seramai 15,000 orang berarak di Madrid, manakala pihak penganjur pula menganggarkan sebanyak 10 ali ganda daripada jumlah itu berhimpun di jalan-jalan utama di seluruh ibu kota tersebut.

Di Barcelona, dianggarkan sekurang-kurangnya 12,000 orang menyertai demonstrasi tersebut, manakala penganjur memaklumkan seramai 100,000 orang yang menghadirinya.

Krisis berkaitan perumahan sudah lama merunsingkan penduduk Sepanyol, menyaksikan jumlah rumah yang boleh disewa semakin berkurangan dan jika mahu membeli kediaman, harganya disifatkan tidak masuk akal, terutamanya di kawasan bandar besar dan tepi pantai.

Golongan muda di negara ini menyatakan mereka masih perlu tinggal bersama ibu bapa mereka atau mengeluarkan belanja yang besar untuk berkongsi rumah, sekali gus menjadikan mereka sukar untuk menyimpan duit bagi membeli kediaman.

Kebanyakan golongan muda Sepanyol berdepan kesukaran membeli kediaman biarpun mereka mempunyai pekerjaan tetap berikutan harga yang terlalu tinggi akibat permintaan banyak.

“Saya tinggal bersama empat orang di dalam satu apartment, namun saya masih perlu memperuntukkan 30 hingga 40 peratus daripada gaji untuk membayar sewa.

“Keadaan itu tidak membolehkan saya berjimat dan mengumpul duit untuk membeli rumah sendiri suatu hari nanti dan Ketika ini, kereta pun saya tidak mampu beli,” kata seorang peguam, Mari Sanchez di Madrid.

Menteri Perumahan Sepanyol, Isabel Rodriguez berkata, beliau tahu mengenai protes yang diadakan dan memahami kehendak rakyat yang mahu memiliki rumah, walaupun hanya untuk disewa.

Purata sewa rumah di Sepanyol meningkat hampir dua kali ganda dalam tempoh 10 tahun dengan Harga agi setiap meter persegi meningkat dari 7.2 euro (RM35) pada 2014 kepada 13 euro (RM63) pada tahun lalu.

Peningkatan tertinggi direkodkan berlaku di Madrid dan Barcelona.

Purata pendapatan pekerja di negara ini juga gagal memenuhi keperluan untuk membeli rumah, selain masalah pengangguran yang tinggi.

Sepanyol juga tidak mempunyai perumahan awam yang dilaburkan oleh negara Eropah lain bagi menampung keperluan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya