Pempengaruh jumpa kereta Rolls-Royce, lampu bersalut emas tulen di banglo mewah terbiar - Utusan Malaysia

Pempengaruh jumpa kereta Rolls-Royce, lampu bersalut emas tulen di banglo mewah terbiar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Seorang pempengaruh dari Britain mendedahkan sisi rahsia sebuah banglo mewah milik jutawan Jepun yang sudah lama terbiar, selepas menyelinap masuk ke kawasan eksklusif dikenali sebagai ‘Tiger Mansion’.

Lukka Venuters, 28, tidak menyangka menemukan lambakan kekayaan dalam tiga vila mewah yang kini ditinggalkan usang.

Antara barangan yang ditemukan adalah sejumlah perabot eksklusif, dua kereta klasik Rolls-Royce, lampu gantung hiasan bersalut emas tulen, patung marmar serta seekor harimau awetan yang dianggarkan bernilai 50,000 pound (RM297,000).

Menurut Lukka, kediaman empat tingkat itu kelihatan seolah-olah diambil terus dari filem James Bond.

“Saya boleh bayangkan seorang penjahat sedang berendam dalam tab mandi di tingkat atas sambil menghisap cerut, memandang pemandangan Lautan Pasifik. Ia benar-benar memberi aura mafia 007,” katanya kepada media Britain.

Lukka yang berasal dari Bury, Manchester berkata, dia mengetahui mengenai kompleks yang dinamakan ‘Tiger Mansions’ itu melalui rakannya yang pernah melawat tempat itu pada Februari 2019.

Tertarik dengan cerita tersebut, Lukka mengambil keputusan meneroka sendiri kawasan itu ketika bercuti di Jepun pada awal tahun ini.

Tiger Mansion merupakan sebahagian daripada empayar hartanah mewah milik mendiang Genshiro Kawamoto, seorang hartawan hartanah terkenal yang mula membina vila-vila itu sekitar tahun 1960-an hingga 1980-an sebelum meninggal dunia pada Februari tahun lalu selepas reputasinya tercalar akibat sabitan jenayah kewangan pada 2018.

Dia dijatuhkan hukuman penjara empat tahun serta denda sebanyak 240,000 yen (RM7.6 juta) kerana menyorokkan pendapatan berjumlah 3.543 bilion yen (RM112 juta) dan mengelak cukai sebanyak 1.06 bilion yen (RM33 juta) antara 2009 hingga 2011.

Lukka turut menyifatkan keadaan bangunan yang rosak dan berselerak sebagai luar biasa kerana menurut pengamatannya, rumah terbiar di Jepun lazimnya ditinggalkan dalam keadaan bersih dan teratur.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya