Pembunuh kejam kerat mayat kekasih serang peguam sendiri di mahkamah - Utusan Malaysia

Pembunuh kejam kerat mayat kekasih serang peguam sendiri di mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WISCONSIN: Seorang wanita yang dihukum penjara seumur hidup kerana membunuh dan mengerat-ngerat mayat kekasihnya kembali membuat kekacauan di mahkamah setelah menyerang peguamnya untuk kali kedua dalam satu insiden yang menggemparkan.

Taylor Schabusiness, 27, yang sebelum ini disabitkan kesalahan membunuh Shad Thyrion dengan rantai sebelum mencabul dan memotong mayatnya menggunakan pisau mentega, menerkam ke arah peguamnya semasa pendengaran awal pada 4 April lalu.

Dalam rakaman video yang tular, Schabusiness yang sedang dirantai memandang sinis ke arah peguamnya sebelum tiba-tiba menyerangnya sambil menjerit kata-kata yang tidak jelas. Pegawai keselamatan segera meleraikan insiden itu.

Peguam tersebut kelihatan tenang selepas diserang, hanya mengangkat tangan seolah-olah pasrah sebelum Schabusiness ditahan.

Ini bukan kali pertama Schabusiness bertindak ganas terhadap peguamnya. Pada Februari 2023, ketika perbicaraan kes pembunuhan Thyrion, dia juga menyerang peguam belanya, Quinn Jolly, dengan lebih ganas sebelum dikawal pegawai mahkamah.

Schabusiness akhirnya dihukum penjara seumur hidup oleh mahkamah Wisconsin atas kesalahan membunuh, mencabul mayat dan serangan seksual tahap ketiga.

Mengikut pengakuannya sendiri, Schabusiness membunuh Thyrion selepas mereka berdua mengambil dadah metamfetamina. Dia mencekik kekasihnya dengan rantai semasa hubungan intim, kemudian memenggal kepala dan memotong alat kelaminnya menggunakan pisau mentega.

Lebih mengerikan, dia melakukan hubungan seks dengan mayat yang sudah cacat sebelum memotong-motongnya. Dalam penyataannya kepada polis, Schabusiness berkata dia menikmati saat mencekik Thyrion dan bertanya kepada detektif jika mereka tahu bagaimana rasanya mencintai sesuatu sehingga sanggup membunuhnya.

Schabusiness mengaku terlalu letih untuk melenyapkan semua bahagian mayat. Dia hanya membawa kaki dan tapak kaki ke dalam van milik rakannya, tetapi tertinggal kepala mangsa di dalam baldi.

Ibu Thyrion kemudian menemui kepala anaknya di dalam baldi, manakala alat kelaminnya juga disimpan dalam bekas berasingan. Sebahagian mayatnya dibuang dalam beg plastik dan van yang dipinjam Schabusiness.

Semasa penghakiman, hakim menyifatkan jenayah Schabusiness sebagai perbuatan yang melampaui batas kemanusiaan, menghina maruah manusia, dan mengancam masyarakat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya