Myanmar, Tajikistan, Papua New Guinea digegar gempa bumi sederhana - Utusan Malaysia

Myanmar, Tajikistan, Papua New Guinea digegar gempa bumi sederhana

DUA kanak-kanak berjalan melalui bangunan runtuh di Mandalay, lima hari selepas gempa bumi dahsyat melanda bahagian tengah Myanmar.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YANGON: Myanmar sekali lagi dilanda gempa bumi selepas gegaran mengakibatkan kemusnahan besar baru-baru ini dan situasi sama turut dirasai penduduk di Papua New Guinea dan Tajikistan.

Menurut Pusat Seismologi Mediterranean Eropah (EMSC), gempa bumi sekuat 5.6 skala Richter itu melanda Myanmar ketika negara itu sedang meratapi ribuan kematian di tengah-tengah sambutan perayaan pesta air.

Gempa itu berpusat pada kedalaman 35 kilometer (km). EMSC juga melaporkan gempa bumi 5.9 Richter berlaku di Tajikistan pada kedalaman 16 kilometer (km).

Sementara itu, Pusat Penyelidikan Geosains Jerman melaporkan, gempa bumi 5.79 Richter melanda Papua New Guinea dengan kedalaman 10km.

Gempa bumi di Myanmar berlaku sewaktu ribuan rakyat sedang meraikan permulaan pesta air Myanmar hari ini menjadikan sambutan itu suram akibat tragedi gegaran.

Pesta ‘Thingyan’ biasanya disambut dengan ritual percikan air yang melambangkan penyucian dan pembaharuan, namun bandar-bandar utama seperti Mandalay dan Sagaing kini musnah teruk akibat gempa bermagnitud 7.7, baru-baru ini.

Dua minggu selepas bencana yang meragut lebih 3,600 nyawa itu, ratusan penduduk masih tinggal di khemah sementara di antara runtuhan bangunan pangsapuri, kedai yang musnah dan hotel yang roboh.

Ramai yang masih mengalami masalah kekurangan tandas dan terpaksa beratur untuk mendapatkan air minuman, manakala ramalan cuaca hujan lebat menambah kebimbangan mengenai keadaan tempat tinggal mereka yang serba kekurangan.

Junta tentera yang memerintah Myanmar mengarahkan pesta selama lima hari itu diadakan tanpa muzik atau tarian.

Sejak gempa bumi pada 28 Mac, suhu di Mandalay mencecah sehingga 44 darjah Celsius (111 Fahrenheit) di siang hari.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya