'Mr Satan' didakwa di mahkamah kerana ugut bunuh Trump - Utusan Malaysia

‘Mr Satan’ didakwa di mahkamah kerana ugut bunuh Trump

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Seorang lelaki Amerika Syarikat (AS) yang menggunakan nama samaran ‘Mr Satan’ menerusi kandungan dalam talian didakwa Jabatan Kehakiman (DOJ) kerana mengancam membunuh Presiden Donald Trump dan beberapa pegawai kerajaan lain.

Shawn Monper, 32, ditahan dan didakwa dalam aduan jenayah persekutuan bagi kesalahan ‘mengancam untuk menyerang dan membunuh’ Trump serta pegawai AS lain, termasuk ejen Imigresen dan Kastam (ICE).

Dalam satu kenyataan, DOJ menyatakan FBI menerima laporan kecemasan mengenai ancaman yang disiarkan di YouTube oleh pengguna bernama ‘Mr Satan’ yang aktiviti internetnya disahkan berasal dari kediaman Monper.

Kebetulan, Monper berasal dari Butler, Pennsylvania, lokasi di mana Trump hampir dibunuh semasa kempen pilihan raya pada Julai lalu.

Menurut DOJ, tidak lama selepas pelantikan Trump pada Januari, Monper mendapatkan permit senjata api dan menulis dari akaunnya bahawa dia telah membeli beberapa senjata dan mengumpul peluru sejak Trump memegang jawatan.

“Tak, kita cuma perlu mula bunuh orang—Trump, Elon Musk, semua ketua agensi yang dilantik Trump, dan sesiapa yang menghalang,” tulisnya pada 17 Februari.

“Ingat, kita majoriti, MAGA (slogan Trump) minoriti di negara ini, dan bila tiba masanya untuk bertindak, mereka akan lemah, banyak yang hancur akibat dasar ini, dan mereka juga akan mahukan balas dendam. Revolusi Amerika 2.0,” tulisnya menurut DOJ.

TambahDOJ, dalam video YouTube bertajuk “Live: Trump’s Address to Congress,” pada 4 Mac, Monper berkata, dia akan bunuhnya (Trump) sendiri.

Monper berasal dari bandar Butler, lokasi tembakan pada 13 Julai lalu yang hampir meragut nyawa Trump apabila peluru pembunuh upahan bergesel dengan telinga Republikan itu semasa kempen luar. Seorang terbunuh dan tiga lagi cedera dalam kejadian itu.

“Yakinlah, bila-bila dan di mana saja ancaman pembunuhan atau keganasan besar berlaku, DOJ akan menjejak, menangkap, dan mendakwa suspek sepenuhnya mengikut undang-undang serta menuntut hukuman maksimum yang sesuai,” kata Peguam Negara, Pam Bondi dalam kenyataan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya