Lelaki ditangkap bakar rumah Gabenor Pennsylvania - Utusan Malaysia

Lelaki ditangkap bakar rumah Gabenor Pennsylvania

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENNSYLVANIA: Seorang lelaki berusia 38 tahun ditangkap dan akan didakwa berikutan membakar kediaman rasmi Gabenor Pennsylvania, Josh Shapiro, menurut pihak berkuasa.

Cody Balmer menghadapi tuduhan termasuk cubaan pembunuhan, keganasan, pembakaran sengaja dengan niat jahat, dan serangan bersenjata.

Penangkapan itu dibuat beberapa jam selepas Shapiro, yang sering disebut-sebut sebagai calon potensi Presiden Amerika Syarikat (AS) pada masa depan, terjaga di tengah malam akibat bunyi ketukan kuat di pintu rumahnya ketika api mula merebak.

Dalam sidang media pada Ahad, Shapiro berkata beliau terkesan secara emosi ketika mengimbau kejadian tersebut.

Gabenor dari Parti Demokrat itu dan keluarganya berjaya menyelamatkan diri tanpa kecederaan, tetapi rumah mereka di ibu negeri Harrisburg mengalami kerosakan teruk.

Beberapa jam sebelum kebakaran, Shapiro bersama isterinya, Lori, dan empat anak; Sophia, Jonah, Max, dan Reuben baru sahaja menyambut malam pertama Paskah, perayaan keagamaan Yahudi, di rumah.

Timbalan Pesuruhjaya Polis, George Bivens, berkata suspek didapati memiliki alat pembakar buatan sendiri dan ditangkap di kawasan Harrisburg namun motif Balmer masih belum diketahui.

Polis menjelaskan Gabenor dan keluarganya berada di bahagian lain rumah itu ketika kebakaran bermula dengan Jabatan Bomba Harrisburg bekerja keras memadamkan api, manakala polis memfokuskan pada usaha menyelamatkan Shapiro dan keluarganya.

Sebelum ini, pihak berkuasa menawarkan hadiah $10,000 (RM47,600) untuk maklumat yang membawa kepada penangkapan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya