Lelaki didakwa bakar kenderaan Tesla ketika gelombang antiMusk merebak di AS - Utusan Malaysia

Lelaki didakwa bakar kenderaan Tesla ketika gelombang antiMusk merebak di AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Seorang lelaki yang didakwa membakar dua kenderaan di sebuah pusat jualan Tesla dan menulis grafiti ‘Matilah Elon’ (Die Elon) pada dinding bangunan itu kini berhadapan dengan tuduhan persekutuan, menurut Jabatan Kehakiman AS pada Isnin.

Tuduhan terbaharu ini susulan beberapa serangan terhadap pengeluar kenderaan elektrik milik Elon Musk yang menjadi sasaran kebencian sesetengah pihak ekoran peranannya sebagai penasihat utama Presiden Donald Trump dalam dasar pemotongan perbelanjaan kerajaan.

Dalam serangan bom api ke sebuah pusat pameran Tesla di Albuquerque pada 9 Februari lalu, dua kenderaan Tesla musnah teruk, manakala slogan yang menyamakan Musk dan syarikatnya dengan Nazi dicat pada dinding bangunan.

Jamison Wagner, 40, yang menetap di negeri barat New Mexico, juga didakwa atas serangan bom api terhadap pejabat Parti Republikan negeri itu bulan lalu.

Jika disabitkan kesalahan bagi dua tuduhan kerosakan atau kemusnahan harta benda secara sengaja menggunakan api atau bahan letupan, dia boleh dipenjara sehingga 20 tahun bagi setiap tuduhan, menurut Jabatan Kehakiman.

“Biarkan ini menjadi pengajaran terakhir kepada mereka yang terlibat dalam gelombang keganasan politik ini. Kami akan menangkap, mendakwa, dan tidak akan berkompromi. Jenayah ada akibatnya,” kata Peguam Negara Pam Bondi dalam satu kenyataan.

Hukuman di bawah undang-undang persekutuan jauh lebih berat berbanding undang-undang negeri, di mana kes seumpamanya biasanya hanya mengakibatkan hukuman penjara minimum 18 bulan dan denda AS$5,000 (RM23,800).

Malah, Trump mencadangkan supaya perusuh yang merosakkan harta benda Tesla dihantar ke penjara di El Salvador, pada Mac lalu.

Musk, bilionair kelahiran Afrika Selatan yang mengetuai Tesla dan SpaceX, kini mengetuai Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) di bawah Trump untuk melaksanakan dasar pemotongan perbelanjaan kerajaan secara agresif.

Beberapa pusat jualan Tesla dan kenderaan syarikat itu di dalam dan luar AS telah menjadi sasaran vandalisme, manakala harga saham syarikat itu turut merudum.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya