Kru Cathay Pacific dilarang bawa 'power bank' ketika bertugas

Kru Cathay Pacific dilarang bawa ‘power bank’ ketika bertugas

JURUTERBANG dan anak kapal Cathay Pacific dilarang daripada membawa power bank semasa bertugas untuk keselamatan. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HONG KONG: Syarikat penerbangan Cathay Pacific melarang juruterbang dan anak kapalnya daripada membawa power bank semasa bertugas berkuat kuasa Isnin lalu untuk keselamatan, sekali gus mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan kru yang menyifatkan langkah itu sebagai menyusahkan dan bersifat ‘dwi standard’.

Menurut notis dalaman kepada anak kapal yang diperoleh South China Morning Post, Cathay memaklumkan larangan itu bertujuan meningkatkan tahap keselamatan dan terpakai kepada semua kakitangan operasi termasuk juruterbang dan pramugari.

Namun begitu, Timbalan Pengerusi Kesatuan Anak Kapal Penerbangan Cathay, Brenda Cheng mempersoalkan tindakan itu yang disifatkannya sebagai tidak adil kerana penumpang masih dibenarkan membawa power bank ke dalam pesawat.

“Kami tidak faham mengapa wujud layanan dua darjat ini. Penumpang boleh bawa power bank tetapi anak kapal dilarang,” katanya, sambil menambah pihak kesatuan kini sedang berbincang dengan syarikat bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung dasar tersebut.

Larangan tersebut diperkenalkan seiring dengan pelaksanaan peraturan baharu oleh Jabatan Penerbangan Awam Hong Kong yang turut berkuat kuasa pada hari sama, melarang penumpang menggunakan, mengecas atau menyimpan power bank di dalam ruang simpanan atas kepala.

Sebaliknya, penumpang diwajibkan menyimpan power bank di dalam poket tempat duduk hadapan, membawa bersama mereka atau meletakkannya dalam bagasi tangan di bawah tempat duduk.

Pengecasan peranti elektronik hanya dibenarkan melalui port USB yang tersedia di tempat duduk namun, pelaksanaan peraturan baharu itu mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan sebahagian penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong.

Tambah Cheng, larangan tersebut menyukarkan anak kapal terutama ketika berada di luar negara untuk mengecas semula bateri telefon, yang penting bagi komunikasi terutama dalam situasi kecemasan.

Kesatuan itu juga mencadangkan Cathay menyediakan kotak simpanan khas di dalam pesawat untuk kegunaan anak kapal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya