Jumlah jutawan di London merosot secara drastik

Jumlah jutawan di London merosot secara drastik

JUMLAH jutawan di London semakin merosot ekoran banyak dalam kalangan mereka berhijrah ke negara lain. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: London kini bukan lagi destinasi pilihan utama jutawan dunia apabila statistik terkini menunjukkan jumlah individu kaya di ibu kota Britain itu merosot drastik dalam kalangan 50 bandar utama dunia.

Laporan tahunan mengenai kekayaan global yang dikeluarkan oleh firma penasihat Henley & Partners mendapati, London merupakan satu daripada hanya dua bandar dalam senarai teratas dunia yang mencatatkan penurunan jumlah penduduk jutawan berbanding sedekad lalu.

Satu lagi bandar yang merekodkan penyusutan jumlah jutawan ialah Moscow di Russia.

Sejak tahun lalu sahaja, seramai 11,300 jutawan dolar meninggalkan London termasuk 18 centimillionaire (pemilik aset melebihi AS$100 juta) serta dua hartawan bilion dolar, menjadikan jumlah keseluruhan kehilangan sejak 2014 mencecah 30,000 orang.

Antara faktor utama penghijrahan itu termasuk kenaikan cukai, ketidaktentuan ekonomi, kejatuhan nilai mata wang pound serta pemansuhan status ‘non-dom’ yang selama ini membenarkan warga asing kaya untuk tidak dikenakan cukai ke atas pendapatan luar negara mereka.

Kini, di bawah pentadbiran baharu Perdana Menteri, Keir Starmer, status non-dom itu secara rasmi dimansuhkan Isnin lalu di mana golongan kaya asing yang tinggal di UK lebih empat tahun kini diwajibkan membayar cukai pendapatan dan cukai keuntungan modal ke atas semua pendapatan global mereka.

Malah, jika mereka menetap lebih lama, harta global mereka juga akan dikenakan cukai pusaka sehingga 40 peratus, kadar antara tertinggi di dunia.

Penganalisis kewangan dari New World Wealth, Andrew Amoils menjelaskan, kadar cukai keuntungan modal dan pusaka yang tinggi di UK menjadi punca utama perpindahan golongan kaya ke negara lain seperti Portugal, St Kitts dan Nevis, Greece, Emiriah Arab Bersatu dan Itali.

“Sebahagian besar syarikat dalam FTSE 100 diasaskan oleh centimillionaire. Kehilangan golongan ini memberi impak besar kepada ekonomi,” jelasnya.

Kini, London bukan lagi antara lima bandar utama yang diminati golongan kaya, malah telah dipintas oleh bandar seperti Los Angeles, disamping kota lainnya seperti Dubai, Paris, Geneva, Frankfurt dan Amsterdam juga semakin mengukuhkan kedudukan masing-masing sebagai hab kewangan serantau.

Manchester merupakan satu-satunya bandar lain di UK yang tersenarai dalam kelompok 50 bandar utama, berada di tangga ke-46 dengan 23,400 jutawan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya