Israel ugut pecat hampir 1,000 anggota tentera bantah perang Gaza - Utusan Malaysia

Israel ugut pecat hampir 1,000 anggota tentera bantah perang Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Komander Tentera Udara Israel mengancam memecat hampir 1,000 anggotanya termasuk juruterbang, pegawai, dan askar jika mereka tidak menarik balik tandatangan menuntut perang di Gaza dihentikan segera.

Menurut akhbar harian Israel, Haaretz, seramai 970 anggota pasukan udara, termasuk dalam perkhidmatan simpanan aktif menandatangani surat yang membantah perang tetapi bukan enggan bertugas.

Dalam beberapa hari kebelakangan ini, pemimpin kanan Tentera Udara menelefon anggota simpanan yang menyokong mesej tersebut secara peribadi, mendesak mereka menarik balik sokongan.

Komander memberitahu anggota simpanan bahawa mereka berhadapan dengan pemecatan jika enggan mematuhi arahan tersebut.

Selepas ancaman itu, hanya 25 penandatangan menarik nama, manakala lapan lagi meminta untuk menambah tandatangan mereka.

Penandatangan surat itu, termasuk pegawai dan juruterbang kanan Tentera Udara, berhujah bahawa pertempuran di Gaza demi kepentingan politik, bukan keselamatan.

Ahli pembangkang Israel telah lama berpendapat perang di Gaza hanya untuk membenarkan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu kekal berkuasa dan tiada kaitan dengan keselamatan Israel.

Beberapa hari sebelum itu, Panglima Tentera Udara, Mejar Jeneral Tomer Bar, bertemu dengan beberapa penandatangan utama.

Menurut Haaretz, pegawai simpanan mengkritik keras keputusan Bar untuk mengancam semua penandatangan dengan pemecatan.

Mereka menyifatkannya sebagai tindakan melampau dari segi undang-undang dan etika yang melanggar hak anggota simpanan untuk menyuarakan pandangan politik.

Bar membalas isu ini bukanlah hukuman, tetapi mereka yang menandatangani teks yang mendakwa peperangan ini bersifat politik dan menjejaskan usaha pembebasan tebusan tidak boleh menjalankan tugas simpanan mereka.

Beliau menganggap penandatanganan surat semasa perang sebagai tidak sah dan meramalkan perjanjian gencatan senjata serta pembebasan tebusan mungkin akan ditandatangani tidak lama lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya