Hampir sejuta pendatang diarah tinggalkan AS serta-merta

Hampir sejuta pendatang diarah tinggalkan AS serta-merta

PENYOKONG hak asasi menyertai protes membantah kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang mahu mengusir pendatang di Los Angeles pada 1 Mac lalu. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Lebih 900,000 pendatang yang dibenarkan masuk dan menetap sementara di Amerika Syarikat (AS) melalui aplikasi dalam talian era Presiden Joe Biden, CBP One, kini diarahkan keluar dari negara itu serta-merta selepas status mereka dibatalkan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (DHS).

Pendatang yang menggunakan aplikasi CBP One sejak Januari 2023 sebelum ini dibenarkan tinggal sehingga dua tahun di bawah kuasa parol presiden serta diberikan kebenaran untuk bekerja.

Bagaimanapun, pentadbiran Presiden Donald Trump kini membatalkan kemudahan itu dan memberi notis kepada pendatang terbabit supaya meninggalkan negara secara sukarela menggunakan aplikasi yang telah dijenamakan semula sebagai ‘CBP Home’.

“Pembatalan status parol ini adalah janji yang ditepati kepada rakyat Amerika untuk mengawal semula sempadan dan melindungi keselamatan negara,” ujar DHS dalam satu kenyataan.

Jumlah sebenar pendatang yang menerima notis pengusiran tidak didedahkan, namun mereka diberi amaran kegagalan mematuhi arahan keluar akan dikenakan denda harian sebanyak AS$998 (RM4,730) sehingga mereka berbuat demikian.

Undang-undang itu telah wujud sejak 1996 dan mula dikuatkuasakan pada 2018 ketika penggal pertama pentadbiran Trump, sebelum dihentikan oleh Biden pada 2021 atas alasan tidak berkesan dan bersifat menghukum secara berlebihan.

Seorang pegawai kanan pentadbiran Trump mendedahkan, denda itu akan dikuatkuasakan secara retroaktif sehingga lima tahun lalu, iaitu sejak 2019 sehingga menyebabkan sesetengah pendatang boleh berdepan jumlah penalti melebihi AS$1 juta (lebih RM4.7 juta).

CBP One merupakan tunjang kepada dasar Biden yang bertujuan menyediakan laluan sah dan terkawal kepada pendatang bagi mengelak kemasukan haram di sempadan dan sehingga Disember lalu, seramai 936,500 pendatang telah memasuki AS menggunakan aplikasi tersebut.

Namun, Trump menamatkan penggunaan CBP One sejurus beliau mengangkat sumpah sebagai Presiden, menyebabkan ribuan pendatang yang sudah mendapat temu janji terkandas di Mexico.

Pentadbiran beliau turut menarik balik pelbagai status perlindungan sementara yang diperkenalkan Biden, dengan DHS menyifatkan penggunaan kuasa parol oleh Biden yang paling banyak sejak 1952 sebagai punca kepada krisis sempadan terburuk dalam sejarah AS.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya