Gempa bumi: Pelancong takut datang Thailand, Songkran dijangka suram

Gempa bumi: Pelancong takut datang Thailand, Songkran dijangka suram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Sambutan Songkran tahun ini yang sepatutnya menjadi musim paling meriah di Thailand dijangka suram berikutan penurunan ketara dalam tempahan hotel, susulan kebimbangan orang ramai terhadap insiden gempa bumi bulan lalu.

Persatuan Hotel Thailand (THA) mendedahkan kadar tempahan di tujuh destinasi pelancongan utama di negara itu merosot sebanyak 25 peratus berbanding perayaan Songkran tahun lalu.

“Songkran tahun ini tidak akan semeriah tahun lalu. Kami melihat penurunan ketara dalam tempahan daripada pe­lancong domestik mahupun antarabangsa,” kata Presiden THA, Thienprasit Chaiyaphatranan.

Penurunan itu dipercayai berpunca daripada gempa bumi berkekuatan 7.7 magnitud yang melanda Myanmar pada 28 Mac lalu, yang turut menggegarkan kawasan utara dan tengah Thailand.

THA menganggarkan hampir 689,000 pelancong tidak akan melancong ke Thailand sepanjang tempoh perayaan Songkran dari 11 hingga 17 April ini.

Jumlah keseluruhan ketibaan pelancong asing juga dijangka menurun kepada 2,067,846 orang pada April ini, berbanding 2,757,128 orang pada tempoh yang sama tahun lalu.

Thienprasit turut memberi amaran mengenai kesan ekonomi susulan kenaikan tarif oleh kerajaan Amerika Syarikat, yang dijangka menyebabkan rakyat negara itu lebih berjimat cermat dan mengurangkan perbelanjaan ke luar negara.

Dengan perayaan Songkran yang semakin hampir, para penggiat industri pelancongan kini hanya mampu berharap kepada lonjakan tempahan saat akhir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya