BANTEN: Satu gempa bumi berukuran 5.3 skala Richter menggegarkan Bayah, Banten hari ini.
gempa itu berlaku pada pukul 1.55 waktu tempatan dengan lokasi 120 kilometer ke Bayah, Banten pada kedalaman 10 kilometer.
Kompas.com melaporkan, gegaran gempa turut dirasakan di beberapa daerah termasuk Jakarta.
Seorang penduduk Jakarta Barat, Fika memaklumkan dia berdepan detik cemas ketika gegaran tiba-tiba berlaku.
“Ketika gegaran berlaku, saya berada di rumah, almari di rumah saya bergegar, mujur sekejap sahaja,” katanya.
Selain itu, penduduk di Sukabumi, Jawa Barat juga memaklumkan mereka mengalami gegaran susulan gempa tersebut.
Selain Sukabumi, penduduk di Bogor turut memklumkan insiden serupa.