China ‘tayang’ jet pejuang baharu saingi AS

China ‘tayang’ jet pejuang baharu saingi AS

TANGKAP layar video menunjukkan jet pejuang dipercayai model baharu J-36 terbang melepasi lebuh raya berhampiran landasan Chengdu Aircraft Industry Group di wilayah Sichuan.-AGENSI  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: China mencuri perhatian dunia ketenteraan apabila imej tular menunjukkan sebuah jet pejuang dipercayai model terbaharu milik negara itu yang mempamerkan reka bentuk canggih dengan tiga enjin dan struktur tanpa ekor pesawat.

Imej yang beredar di media sosial sejak Isnin dipercayai diambil daripada sebuah video pendek, menunjukkan jet tersebut sedang terbang rendah di atas lebuh raya berhampiran landasan Chengdu Aircraft Industry Group, kilang pembuatan pesawat di wilayah Sichuan yang dipercayai menjadi lokasi pembangunannya.

Jet pejuang berkenaan digelar sebagai J-36 oleh penganalisis Barat, meskipun belum ada pengesahan rasmi daripada pihak Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) China.

Jet itu dipercayai termasuk dalam kategori pesawat generasi keenam yang menggunakan teknologi terkini, sistem avionik tercanggih dan reka bentuk aerodinamik berprestasi tinggi.

Jika ianya terbukti benar, maka kehadiran J-36 boleh menyaksikan China menyamai atau bahkan mengatasi Amerika Syarikat (AS) dalam perlumbaan pembangunan jet pejuang generasi keenam.

Ketika ini, pesawat F-22 dan F-35 buatan AS dianggap sebagai jet generasi kelima terbaik di dunia, namun kelebihan itu mula dicabar oleh kehadiran J-20 dan J-35 dari China meskipun kedua-duanya masih belum diuji dalam medan pertempuran sebenar.

Selain J-36, China turut dikatakan sedang membangunkan satu lagi pesawat baharu yang digelar J-XX atau J-50 berdasarkan foto yang turut tular pada hari sama gambar J-36 muncul di media sosial pada Disember lalu. 

J-50 dipercayai menggunakan reka bentuk tanpa ekor dan enjin berkembar.

Akhbar milik kerajaan China, Global Times bulan lalu memetik pakar ketenteraan tempatan menyatakan, imej-imej itu menunjukkan kemajuan pantas China dalam perlumbaan membangunkan jet generasi akan datang.

Pesawat J-35 yang mula diperkenalkan kepada umum pada Pameran Udara China di Zhuhai, November lalu, mengambil masa lebih sedekad untuk dibangunkan sebelum dipamerkan secara terbuka.

Pemerhati ketenteraan antarabangsa percaya walaupun imej-imej awal J-36 dan J-50 kini tersebar, ia mungkin mengambil masa bertahun-tahun lagi sebelum pesawat-pesawat ini disahkan beroperasi oleh tentera udara China.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya