China 'serang balas' naikkan tarif import dari AS kepada 84 peratus

China ‘serang balas’ naikkan tarif import AS kepada 84 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: China pada hari Rabu mengumumkan akan menaikkan lagi tarif ke atas import dari Amerika Syarikat (AS) daripada 34 peratus kepada 84 peratus.

Keputusan itu dibuat hanya beberapa jam selepas tarif baharu sebanyak 104 peratus ke atas produk China yang dikenakan oleh Presiden AS, Donald Trump, mula berkuat kuasa.

“Kadar tarif tambahan akan meningkat daripada 34 peratus kepada 84 peratus,” menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan China, yang menyatakan bahawa langkah itu akan berkuat kuasa mulai 12:01 tengah hari, Khamis (waktu tempatan).

Kementerian Perdagangan China turut mengumumkan enam lagi syarikat dari AS telah dimasukkan ke dalam ‘senarai entiti tidak boleh dipercayai’, antaranya syarikat aeroangkasa dan pertahanan Sierra Nevada Corporation, serta beberapa firma kecerdasan buatan (AI).

China sebelum ini telah memasukkan PVH, syarikat pemilik jenama fesyen terkenal Calvin Klein dan Tommy Hilfiger, ke dalam senarai tersebut.

Tindakan itu akan menyukarkan syarikat asing untuk menjalankan perniagaan di China, kerana entiti yang disenaraikan boleh dikenakan sekatan, denda dan larangan operasi tertentu.

Pasaran saham Eropah yang sudah mencatatkan penurunan, terus merudum selepas China mengumumkan tarif setinggi 84 peratus ke atas import dari AS.

Indeks FTSE 100 yang merangkumi syarikat terbesar di United Kingdom (UK) mencatatkan kejatuhan sebanyak 3.3 peratus setakat hari ini, manakala indeks Dax Jerman susut 4 peratus dan Cac 40 Perancis juga turun 4 peratus.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya