China mulakan ujian vaksin Mpox pertama

China mulakan ujian vaksin Mpox pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: China kini memulakan ujian klinikal bagi vaksin cacar monyet (Mpox) pertama yang dibangunkan dalam negara itu, menurut laporan media kerajaan kelmarin.

Pengumuman itu dibuat ketika kebimbangan global semakin meningkat berhubung penularan virus tersebut.

Vaksin itu dibangunkan oleh Shanghai Institute of Biological Products Co. (SIBP), anak syarikat kepada China National Pharmaceutical Group Corporation (Sinopharm).

Ujian klinikal fasa pertama akan dijalankan di Hospital Penyakit Berjangkit Henan di Zhengzhou, wilayah Henan, China Tengah, lapor Global Times.

Fasa awal ujian tersebut menyasarkan pengambilan sukarelawan berumur 18 tahun ke atas dari wilayah tersebut.

Vaksin ini telah mendapat kelulusan untuk menjalani ujian klinikal daripada Pentadbiran Produk Perubatan Kebangsaan China pada September tahun lalu.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak varian baharu clade 1 mpox sebagai darurat kesihatan awam yang membimbangkan di peringkat antarabangsa pada Ogos 2024, susulan penyebaran pantasnya di beberapa negara Afrika.

Menurut WHO, sehingga 30 Mac 2025, sebanyak 23 negara telah melaporkan 24,177 kes mpox yang disahkan, termasuk 98 kematian dalam tempoh 12 bulan lalu.

Republik Demokratik Congo mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 14,566, diikuti Uganda dengan 4,881 kes dan Burundi sebanyak 3,725 kes.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya