Banyak seni bina pelik di Marikh tanda wujudnya tamadun asing? - Utusan Malaysia

Banyak seni bina pelik di Marikh tanda wujudnya tamadun asing?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

FLORIDA: Permukaan Marikh mungkin kelihatan seperti padang pasir merah yang gersang dan sunyi, namun bagi seorang penyelidik veteran, George J. Haas, di sebalik batu-batu dan kawah tersebut, tersembunyi satu rahsia menakjubkan, iaitu tinggalan sebuah tamadun asing purba.

Haas, pengasas The Cydonia Institute, dalam buku terbaharunya The Great Architects of Mars, mendakwa beliau menemui pelbagai struktur aneh pada permukaan planet merah itu yang menunjukkan ciri-ciri buatan tangan, termasuk piramid, bentuk seperti kunci, bahkan satu bentuk yang menyerupai burung kakak tua.

Menurut beliau, semua itu bukan hasil proses geologi semula jadi, tetapi binaan terancang yang mencerminkan kewujudan satu tamadun yang hebat pada zaman lampau.

“Anda tidak perlu menjadi ahli geologi untuk membezakan antara batu biasa dengan satu arca yang mempunyai bentuk geometri,” kata Haas.

Antara penemuan paling mengujakan ialah sebuah formasi tanah menyerupai bentuk ‘kunci’, dirakam oleh satelit Mars Reconnaissance Orbiter milik NASA pada 2011 di kawasan pergunungan Libya Montes, Marikh di mana formasi berbentuk baji yang bersambung dengan kubah bulat itu dikatakan mempunyai simetri terlalu sempurna untuk terbentuk secara kebetulan.

Kajian terperinci oleh Haas dan pasukannya diterbitkan dalam Journal of Space Exploration pada 2016, dengan kesimpulan struktur itu mungkin dibina secara sengaja oleh makhluk berakal.

Satu lagi penemuan yang menimbulkan persoalan ialah ‘Parrot Geoglyph’, iaitu bentuk besar menyerupai burung kakak tua di Kawasan Argyre Basin yang ditemui dalam imej satelit NASA pada 2002 menunjukkan ciri-ciri anatomi terperinci termasuk mata, paruh, badan dan sayap.

“Bentuk ini mempunyai 22 titik ketepatan anatomi Ia bukan hanya bayang-bayang di awan. Ini adalah ukiran. Ia adalah seni,” ujar Haas yang turut mendakwa lima pakar veterinar turut mengesahkan kesahihan bentuk tersebut.

Lebih mengejutkan, gambar dari misi Mariner 9 pada 1972 menunjukkan formasi piramid tiga sisi di kawasan Elysium, lebih besar daripada mana-mana piramid di Bumi.

Walaupun komuniti saintifik menganggap penemuan Haas sekadar hasil pareidolia, iaitu fenomena otak manusia yang cenderung melihat bentuk wajah atau objek dikenali dalam bentuk rawak namun beliau tetap teguh dengan pendiriannya disamping berharap misi angkasa lepas masa depan, termasuk rancangan Elon Musk untuk menghantar manusia ke Marikh menjelang 2029, akan membuka peluang kepada penyelidikan yang lebih dekat terhadap struktur-struktur ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya