Bandar purba dibina Firaun Akhenaten ditemui di Mesir

Bandar purba dibina Firaun Akhenaten ditemui di Mesir

BANDAR purba Mesir itu dipercayai berusia 3,400 tahun yang dibina oleh bapa Firaun Tutankhamun.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAHERAH: Pasukan arkeologi Perancis menemukan sebuah penempatan purba Mesir yang berusia 3,400 tahun dipercayai dibina oleh Firaun Akhenaten, iaitu bapa kepada pemerintah terkenal, Tutankhamun.

Penemuan penting itu dibuat di tapak sejarah Kom el-Nugus yang terletak berhampiran Alexandria, utara Mesir yang sebelum ini disangka hanya dihuni pada zaman Yunani Hellenistik, namun kajian terkini mendedahkan ia telah wujud seawal Dinasti ke-18 (1550–1292 Sebelum Masihi).

Menurut laporan portal Live Science, antara artifak yang ditemukan termasuk tempayan, mangkuk serta asas kepada sebuah bangunan besar yang diperbuat daripada batu kapur berkapur (calcarenite) dipercayai merupakan struktur kuil.

Penyelidik utama dari Pusat Penyelidikan Saintifik Kebangsaan Perancis (CNRS), Sylvain Dhennin, berkata penempatan itu berkemungkinan besar berperanan sebagai pusat pengeluaran wain berskala besar yang menggunakan nama anak perempuan Akhenaten, Meritaten sebagai jenama.

Nama Meritaten yang membawa maksud ‘dia yang dikasihi oleh Aten’ merujuk kepada dewa matahari yang disembah Akhenaten semasa pemerintahannya yang kontroversi, apabila beliau cuba menghapuskan kepelbagaian dewa dan memusatkan penyembahan hanya kepada Aten.

Antara bukti utama yang ditemukan ialah sebuah amfora (bekas simpanan kuno) yang mempunyai cap nama Meritaten, yang merupakan anak kepada Akhenaten dan permaisurinya, Nefertiti, serta saudara perempuan kepada Tutankhamun.

Pasukan arkeologi turut menemui sisa-sisa struktur kuil yang didedikasikan kepada Firaun Ramses II dari Dinasti ke-19 (1279–1213 Sebelum Masihi), termasuk tapak asas bangunan dan sebahagian daripada laluan masuk (dromos).

Dhennin menjelaskan struktur kuil itu hampir musnah sepenuhnya, kemungkinan dibongkar secara berperingkat sejak zaman pemerintahan Romawi (30 SM–476 M).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya