300,00 penduduk Anchorage siap siaga letusan gunung berapi mega

300,00 penduduk Anchorage siap siaga letusan gunung berapi mega

GUNUNG berapi Spurr dilaporkan semakin aktif sepanjang minggu lalu. – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANCHORAGE: Gunung berapi Spurr di Alaska yang berketinggian lebih 3,352 meter kini menunjukkan tanda-tanda bakal meletus selepas mencatatkan lebih 50 gegaran kecil sepanjang minggu lalu, menurut kenyataan pihak berkuasa pemantauan gunung berapi Amerika Syarikat (AS).

Pusat Pemerhatian Gunung Berapi Alaska (AVO) mengesahkan sebanyak 55 gegaran dikesan dalam tempoh seminggu, termasuk beberapa siri ‘swarms’, gegaran berturutan dalam masa singkat yang dipercayai berpunca daripada pergerakan magma di bawah permukaan gunung tersebut.

Bandar Anchorage, yang dihuni lebih 300,000 penduduk, kini dalam keadaan berjaga-jaga dengan pelan kecemasan telah digerakkan dan pihak berkuasa menasihati orang ramai agar menyimpan stok makanan, keperluan bayi, bekalan air dan barangan untuk haiwan peliharaan.

Penduduk dilaporkan menyerbu kedai bagi mendapatkan pelitup muka N95, alat perlindungan diri dan cermin mata khas bagi menangkis debu gunung berapi yang dijangka menyelubungi kawasan sekitarnya apabila letusan berlaku.

Letusan itu dijangka berlangsung antara tiga hingga empat jam dan menghasilkan awan debu tebal yang boleh menyelimuti Anchorage serta kawasan sekitarnya.

Debu gunung berapi mampu menyebabkan iritasi pada mata, hidung serta tekak dan boleh mengancam nyawa mereka yang menghidap penyakit paru-paru kronik atau masalah jantung.

Aktiviti seismik meningkat secara drastik sejak April tahun lalu dengan purata gegaran meningkat daripada 30 kepada 125 seminggu bermula Oktober tahun lalu dan pada bulan lalu, gunung itu turut mengeluarkan gas berlebihan petanda air bawah tanah sedang dipanaskan oleh magma.

Walaupun kawah utama gunung berapi tersebut tidak meletus sejak 5,000 tahun lalu, kawah kecil di sisi gunung yang dikenali sebagai Crater Peak pernah meletus pada tahun 1992 dan ketika itu, bandar Anchorage diselaputi debu setebal 1/8 inci, langit menjadi gelap dan lapangan terbang ditutup selama 20 jam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya