3 maut, 118 cedera protes bantah RUU pindaan wakaf Islam di India - Utusan Malaysia

3 maut, 118 cedera protes bantah RUU pindaan wakaf Islam di India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOLKATA: India mengerahkan tentera bagi menyuraikan protes ganas di negeri Bengal Barat terhadap undang-undang untuk mengubah cara pengurusan harta diwakafkan umat Islam.

Polis melepaskan gas pemedih mata ke arah ribuan penunjuk perasaan berhimpun di daerah Murshidabad pada Jumaat.

Susulan insiden itu, sekurang-kurangnya tiga maut, termasuk seorang kanak-kanak, kata polis kepada AFP semalam.

“Setakat ini, 118 orang ditahan berhubung keganasan itu,” kata Jawed Shamim, pegawai kanan polis di negeri itu, sambil menambah sekurang-kurangnya 15 anggota polis cedera.

Rang undang-undang (RUU) pindaan wakaf yang mencetuskan bantahan diluluskan awal bulan ini selepas perbahasan hangat.

Menurut pemerintah nasionalis Hindu, ia akan meningkatkan ketelusan dalam pengurusan tanah dengan mempertanggungjawabkan lembaga wakaf, yang mengawal harta diwakafkan umat Islam.

Tetapi, pembangkang menyifatkan RUU itu ‘serangan’ polarisasi terhadap minoriti Islam di India.

Mereka mendakwa Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri, Narendra Modi cuba memenangi hati penyokong Hindu sayap kanannya.

Selepas RUU itu diluluskan, Modi menyifatkannya ‘detik bersejarah’.

Ketua Parti Kongres Pembangkang, Rahul Gandhi, berkata RUU itu ‘ditujukan kepada umat Islam hari ini, tetapi menjadi contoh untuk menyasarkan masyarakat lain kelak’.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya