PBB 'sangat bimbang' serangan melampau Israel terhadap hospital di Gaza - Utusan Malaysia

PBB ‘sangat bimbang’ serangan melampau Israel terhadap hospital di Gaza

SETIAUSAHA Agung PBB, Antonio Guterres. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres ‘sangat bimbang’ dengan serangan Israel terhadap Hospital Arab Al-Ahli di Semenanjung Gaza, Ahad lalu.

Menurut jurucakapnya, Stephane Dujarric dalam satu kenyataan seperti dilaporkan Anadolu Ajansi (AA), Guterres menyatakan mengikut undang-undang kemanusiaan antarabangsa, mereka yang cedera dan sakit, petugas kesihatan serta kemudahan perubatan termasuk hospital, mesti dihormati dan dilindungi .

Kenyataan itu dikeluarkan sehari selepas gelombang serangan udara Israel di Gaza mengenai hospital berkenaan dan beberapa lokasi lain, mengorbankan sekurang-kurangnya 21 mangsa termasuk kanak-kanak, menurut laporan media.

Dujarric turut memberi amaran bahawa bekalan perubatan semakin berkurangan manakala jumlah mangsa yang cedera semakin meningkat dan memenuhi hospital-hospital.

“Hampir 70 peratus kawasan di Gaza kini berada di bawah arahan pemindahan paksa yang dikeluarkan oleh Israel atau dalam zon larangan, menyebabkan penduduk Palestin di Gaza tidak mempunyai tempat selamat untuk berlindung dan kekurangan keperluan asas untuk terus hidup,” katanya.

Guterres turut menyuarakan kebimbangan mendalam apabila bantuan kemanusiaan terus dihalang, dengan Israel tidak membenarkan bantuan kemanusiaan atau bekalan penting lain memasuki wilayah itu sejak lebih tujuh minggu, kata Dujarric.

Menekankan akibat kemanusiaan adalah amat dahsyat, Guterres menggesa Israel selaku “kuasa pendudukan” supaya memberikan bantuan dan memudahkan rakyat Palestin di wilayah yang diduduki itu dengan “semua cara yang ada padanya.”

“Orang awam mesti dihormati dan dilindungi pada setiap masa serta mereka mesti mempunyai keperluan asas untuk terus hidup. Semua tawanan mesti dibebaskan serta-merta dan tanpa syarat.

“Gencatan senjata mesti dipulihkan dan diperbaharui tanpa kelewatan,” menurut kenyataan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya