10,000 dokumen pembunuhan Robert F. Kennedy didedahkan

10,000 dokumen pembunuhan Robert F. Kennedy didedahkan

ROBERT F. KENNEDY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Kerajaan Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat lalu mendedahkan hampir 10,000 halaman dokumen berkaitan kes pembunuhan Senator Robert F. Kennedy pada tahun 1968, termasuk nota tulisan tangan pembunuhnya yang menunjukkan obsesi untuk menamatkan riwayat tokoh Demokrat itu.

Antara kandungan penting dokumen tersebut ialah tulisan Sirhan Sirhan, individu yang bertanggungjawab menembak Kennedy di Hotel Ambassador, Los Angeles pada 5 Jun 1968, sejurus selepas beliau meraikan kemenangan dalam pemilihan awal Presiden bagi negeri California.

Menurut Pentadbiran Arkib dan Rekod Kebangsaan (NARA), sebanyak 229 fail yang merangkumi ribuan halaman itu telah dimuat naik ke laman sesawang awam mereka serta sebahagian dokumen sebelum ini telah tersedia untuk umum, namun ada yang belum didigitalkan dan hanya tersimpan selama puluhan tahun di kemudahan penyimpanan kerajaan.

Pendedahan ini merupakan lanjutan arahan Presiden AS, Donald Trump menerusi perintah eksekutif pada Januari lalu untuk membenarkan pembukaan fail-fail berkaitan pembunuhan Robert Kennedy dan tokoh hak asasi kulit hitam, Dr. Martin Luther King Jr yang dibunuh dalam tempoh kurang dua bulan pada tahun 1968.

Antara kandungan menarik dalam fail tersebut termasuk temu bual dengan individu yang mengenali Sirhan, antaranya rakan sekolah, jiran tetangga dan rakan sekerja.

Ada yang menggambarkan Sirhan sebagai seorang yang mesra dan pemurah, manakala ada pula yang melihatnya sebagai pemuda pendiam dan mudah terpengaruh dengan ideologi, termasuk kepercayaan mistik.

Trump, yang lama bersikap skeptikal terhadap agensi perisikan AS seperti CIA dan FBI, menyatakan pembukaan dokumen-dokumen berprofil tinggi ini penting demi ketelusan dan memberi peluang kepada rakyat meneliti operasi serta kesimpulan yang dicapai oleh institusi-institusi berkenaan.

Sementara itu, anak lelaki mendiang, yang kini memegang jawatan Setiausaha Kesihatan dan Perkhidmatan Kemanusiaan AS, Robert F. Kennedy Jr., menyambut baik langkah pembukaan dokumen itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya