KARNATAKA: Seorang lelaki maut manakala seorang pelancong wanita Israel dan seorang wanita India dirogol secara beramai-ramai oleh tiga lelaki baru-baru ini berhampiran sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO yang popular di selatan India.
Menurut Ketua Polis Daerah, Ram Arasiddi, kejadian berlaku ketika lelaki India dan dua wanita berkenaan sedang melihat bintang bersama dua pelancong lelaki lain di bandar Hampi.
Mereka kemudiannya diserang oleh tiga lelaki susulan pertengkaran mengenai wang.
Penyerang bertindak menolak lelaki India bersama dua pelancong lelaki itu ke dalam sungai sebelum merogol kedua-dua wanita terbabit.
Dua daripada lelaki berkenaan, termasuk seorang warga Amerika Syarikat, berjaya menyelamatkan diri manakala mayat lelaki ketiga ditemui pada pagi Sabtu.
Polis telah menahan dua suspek yang dipercayai terlibat dalam serangan itu dan siasatan lanjut giat dijalankan.