Wanita Jepun ditahan kurung teman lelaki di balkoni sehingga mati - Utusan Malaysia

Wanita Jepun ditahan kurung teman lelaki di balkoni sehingga mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Seorang wanita Jepun ditahan selepas didakwa mengurung kekasihnya dalam keadaan bogel di balkoni sepanjang malam sehingga menyebabkan lelaki itu meninggal dunia.

Wanita berusia 54 tahun itu ditahan bagi pertuduhan menyerang dan menyebabkan kematian, menurut polis di wilayah Nagasaki.

Kejadian itu berlaku pada bulan lalu selepas wanita terbabit mengarahkan teman lelakinya duduk di balkoni rumah mereka sepanjang malam dalam keadaan tidak berbaju.

Keesokan harinya, polis dikerah ke rumah wanita tersebut selepas mendapat panggilan kecemasan menyatakan teman lelakinya tidak sedarkan diri.

Polis memeriksa keadaan lelaki itu yang ‘nyawa-nyawa ikan’ sebelum dikejarkan ke hospital kemudian disahkan meninggal dunia akibat hipotermia.

Media tempatan melaporkan, ketika kejadian, suhu direkodkan serendah 3.7 darjah Celsius.

Terdahulu, suspek juga pernah menyerang mangsa dengan pisau menyebabkan lelaki itu cedera pada hidung. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya