Wabak demam campak di AS semakin kritikal

Wabak demam campak di AS semakin kritikal

PETUGAS perubatan memberikan vaksin demam campak kepada seorang kanak-kanak di Texas, Amerika Syarikat. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AUSTIN: Wabak demam campak di Texas dan New Mexico meningkat kepada 294 kes semalam, melebihi jumlah keseluruhan kes di Amerika Syarikat (AS) sepanjang 2024.

Tahun lalu, menurut data dari Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS, negara itu hanya melaporkan 285 jangkitan secara keseluruhan.

Data daripada jabatan kesihatan kedua-dua negeri menunjukkan kes di New Mexico dan Texas masing-masing meningkat sebanyak 38 kes dalam masa tiga hari terakhir.

Di Texas, terdapat 174 kes di Gaines County, berbanding 156 kes pada 11 Mac selain seramai 34 pesakit dimasukkan ke hospital di negeri itu.

Di New Mexico, jumlah kes meningkat daripada 33 kepada 35 termasuk dua kes di Eddy County dan selebihnya di Lea County, yang bersempadan dengan Gaines County.

Daniel Nichols, seorang ahli virologi di Universiti Seton Hall berkata, setakat ini masih sukar untuk menentukan sama ada wabak itu akan merebak ke luar dua negeri itu.

“Bagaimanapun, buat masa ini, dengan jumlah kes yang terus meningkat, ia tetap menjadi kebimbangan utama,” katanya.

Pada Februari lalu, seorang kanak-kanak yang tidak divaksinasi dan tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan meninggal dunia akibat campak di Texas, sekali gus menandakan kematian pertama akibat penyakit itu di AS sejak 2015.

Satu lagi kematian membabitkan seorang dewasa yang tidak divaksinasi di New Mexico.

Wabak yang semakin meningkat itu menjadi cabaran utama pertama bagi Setiausaha Kesihatan AS, Robert F Kennedy Jr.

CDC turut menyatakan bahawa vaksin campak, beguk dan rubella (MMR) adalah alat paling penting untuk mencegah campak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya