WASHINGTON: Penularan wabak campak di barat daya Amerika Syarikat (AS) mencetus kebimbangan apabila kematian kedua direkodkan daripada lebih 200 jangkitan yang dilaporkan, mendorong agensi kesihatan untuk mengeluarkan amaran perjalanan. Sehingga Jumaat, Texas melaporkan 198 kes dan 30 lagi di New Mexico, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 228 manakala setiap negeri mengesahkan satu kematian di mana kedua-dua mangsa dilaporkan tidak menerima vaksin. Pesakit di Texas adalah seorang kanak-kanak, manakala pesakit di New Mexico adalah seorang dewasa yang disahkan positif campak selepas kematiannya. “Lebih banyak kes dijangka berlaku memandangkan wabak ini terus merebak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya