HANOI: Jualan patung mainan popular di Vietnam merudum selepas disiasat pihak berkuasa berikutan dakwaan reka bentuknya mirip peta garis tuntutan kontroversi di Laut China Selatan. Patung Baby Three yang dihasilkan di China sebelum ini mencetuskan fenomena dalam kalangan kanak-kanak dan generasi muda Vietnam sejak September lalu. Dalam tempoh empat bulan pertama, patung tersebut mencatat jualan mencecah AS$1.6 juta (RM7.07 juta). Namun, kebangkitan semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat Vietnam mengundang boikot besar-besaran apabila timbul dakwaan corak berbentuk hati pada wajah patung itu menyerupai tuntutan Nine Dash Line atau `Sembilan Garis Putus’,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya