ANKARA: Pihak berkuasa Turkiye menahan 37 individu yang didakwa menyebarkan hantaran provokatif di media sosial berhubung penahanan Datuk Bandar Istanbul, Ekrem Imamoglu. Imamoglu, seteru utama Presiden, Recep Tayyip Erdogan, ditahan pada Rabu atas tuduhan rasuah serta membantu kumpulan pengganas, dakwaan yang dinafikannya. Menteri Dalam Negeri Turkiye, Ali Yerlikaya berkata, sebanyak 18.6 juta hantaran mengenai Imamoglu dikongsi di platform media sosial X dalam tempoh 24 jam selepas penahanannya. “Sebanyak 261 akaun telah dikenal pasti menyebarkan hantaran provokatif yang mencetuskan kebencian awam serta menggalakkan jenayah,” katanya dalam satu kenyataan di X. Operasi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya