Trump ugut peguam urus kes menentang kerajaan AS - Utusan Malaysia

Trump ugut peguam urus kes menentang kerajaan AS

DONALD TRUMP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Kumpulan advokasi undang-undang memberi amaran selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengugut untuk mengambil tindakan baharu terhadap peguam dan firma guaman yang membawa kes imigresen dan kes lain terhadap kerajaan yang dianggap tidak beretika, pada Sabtu.

Dalam memorandum kepada Peguam Negara AS, Pam Bondi, pada Jumaat, Trump menyatakan peguam membantu memacu ‘penipuan berleluasa dan tuntutan tidak berasas’ dalam sistem imigresen, dan mengarahkan Jabatan Kehakiman untuk mengenakan sekatan terhadap peguam atas salah laku profesional.

Arahan itu juga menyasarkan firma guaman yang menyaman pentadbiran Trump.

Peguam kanan di Kesatuan Kebebasan Sivil Amerika (ACLU), Ben Wizner berkata, arahan baharu itu bertujuan mengugut peguam yang mencabar agenda presiden.

“Trump juga telah melancarkan serangan terhadap firma guaman berkenaan dasar kepelbagaian dalaman dan hubungan mereka dengan musuh politiknya.

“Mahkamah setakat ini merupakan satu-satunya institusi yang telah menentang serangan Trump. Mahkamah tidak boleh memainkan peranan itu tanpa peguam yang membawa kes ke hadapan mereka,” katanya.

Seorang jurucakap White House, Taylor Rogers, berkata, Trump menepati janjinya untuk memastikan sistem kehakiman tidak lagi digunakan sebagai senjata terhadap rakyat Amerika.

Firma guaman Keker, Van Nest & Peters, yang bekerjasama dengan ACLU dalam kes hak imigran berkata dalam satu kenyataan bahawa tindakan Trump menyerang peguam berdasarkan klien atau kerja undang-undang mereka yang menentang kerajaan persekutuan tidak boleh dimaafkan dan keji.

Trump mengeluarkan perintah eksekutif bulan ini terhadap firma guaman Perkins Coie dan Paul Weiss, menggantung kelulusan keselamatan peguam mereka dan menghadkan akses mereka ke bangunan kerajaan, pegawai, dan kerja kontrak persekutuan.

Presiden juga menggantung kelulusan keselamatan peguam di Covington & Burling bulan lalu, dalam setiap kes merujuk kepada kerja firma tersebut untuk musuh politik atau undang-undangnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya