Trump tuduh Biden, anak tinggalkan kokain di Rumah Putih

Trump tuduh Biden, anak tinggalkan kokain di Rumah Putih

BEKAS Presiden AS, Joe Biden bersama anaknya, Hunter, sebaik tiba di Pangkalan Pengawal Kebangsaan Udara Delaware di New Castle, pada 11 Jun 2024. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mendakwa dadah jenis kokain yang ditemukan di Rumah Putih, berkemungkinan ditinggalkan oleh pendahulunya, Joe Biden atau anaknya, Hunter.

Trump berikrar untuk membuka siasatan selepas dadah tersebut ditemukan dalam sebuah loker berhampiran Pejabat Oval pada 2 Julai 2023, ketika keluarga Biden termasuk Hunter menghabiskan hujung minggu di Camp David.

Penemuan itu menyebabkan Rumah Putih terpaksa dikosongkan dan mendorong siasatan selama 11 hari selepas ia dikenal pasti sebagai dadah terlarang.

Namun, tiada suspek pernah dinamakan daripada siasatan itu.

Kini, Trump mendakwa yakin kokain itu sama ada dimiliki oleh Biden atau Hunter, yang tersalah letak dadah tersebut.

“Itu adalah perkara yang sangat teruk kerana tong sampah itu penuh dan tidak bersih serta mempunyai ratusan malah ribuan cap jari.

“Apabila mereka menyiasat, semua sudah bersih seolah-olah dilap kering. Saya akan menyiasat perkara ini kerana sesuatu mencurigakan berlaku,” katanya kepada Den Domenech dari majalah The Spectator World.

Menurut sumber yang mengetahui susun atur di Rumah Putih, loker yang menuju ke West Wing tidak diberikan kepada kakitangan tertentu, lapor DailyMail.com.

Sebaliknya tetamu yang melawat Rumah Putih boleh memilih loker untuk digunakan dan mengambil kunci.

Sumber itu juga mendakwa, kemungkinan besar dadah tersebut ditinggalkan oleh seseorang yang mengikuti lawatan, kerana sesiapa yang biasa dengan Rumah Putih akan tahu terdapat tandas berdekatan di mana bahan terlarang berkenaan boleh dibuang.

Siasatan Perkhidmatan Rahsia terhadap kes dadah itu ditutup dalam tempoh kurang dua minggu kerana ‘kekurangan bukti’, dengan rakaman keselamatan tidak dapat mengenal pasti pemiliknya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya