WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) menangguhkan rancangan untuk menaikkan tarif import keluli dan aluminium dari Kanada kepada 50 peratus, menurut penasihat ekonomi kanan Presiden, Donald Trump. Dalam temu bual bersama CNBC semalam, Peter Navarro memaklumkan tarif berkenaan tidak akan dikuatkuasakan hari ini seperti yang dirancang. Pengumuman itu dibuat beberapa jam selepas Ontario, menggantung surcaj ke atas eksport elektrik ke beberapa negeri di AS. Surcaj tersebut sebelum ini dikatakan menjadi punca keputusan Trump untuk menaikkan tarif import keluli dan aluminium dari Kanada, meningkat daripada 25 peratus yang masih dijadualkan berkuat kuasa hari…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya