Trump takut ramal hala tuju ekonomi AS

Trump takut ramal hala tuju ekonomi AS

DONALD TRUMP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump enggan membuat sebarang andaian mengenai hala tuju ekonomi negara ini iaitu sama ada akan mengalami kemerosotan atau sebaliknya.

Situasi itu berlaku berikutan pelaksanaan kadar tarif dan perubahan polisi besar-besaran yang dilakukan Trump sejak beliau dipilih kembali sebagai Presiden AS.

Malahan, Trump optimis pendekatan ekonominya berada di landasan yang tepat dan mengambil masa untuk membuahkan hasil.

Menerusi wawancara bersama Fox News, Trump menegaskan beliau tidak suka membuat sebarang jangkaan, terutamanya melibatkan ekonomi.

“Saya tidak suka membuat andaian mengenai masa depan, lebih-lebih lagi melibatkan ekonomi kerana apa yang kami (kerajaan) lakukan ketika ini adalah perkara yang besar.

“Kita akan kembalikan semula kemewahan negara ini dan itu adalah hal yang besar.

“Sentiasa ada tempoh masa dan perlu mengambil masa. Tapi, saya rasa ia (perancangan ekonomi) pasti akan membawa kebaikan kepada kita semua,” katanya.

Ditanya mengenai tarif yang dikenakan AS terhadap barangan import boleh meningkatkan inflasi bahan api, Trump menjawab kadar faedah ketika ini masih rendah dan dijangka tidak memberi kesan terhadap ekonomi AS.

Katanya, kerajaan perlu mengambil langkah yang sepatutnya untuk kesejahteraan negara dan rakyat.

Pada minggu lalu, Rizab Persekutuan Atlanta mengunjurkan ekonomi AS berada pada landasan untuk menguncup pada suku pertama tahun ini, sekali gus mencetuskan kebimbangan mengenai kemelesetan boleh melanda pertumbuhan ekonomi negara ini jika pasaran saham terus tidak stabil.

Pada 2018 menerusi platform Twitter yang kini dikenali sebagai X, Trump membuat hantaran menyatakan perang perdagangan adalah bagus dan mudah untuk dimenangi.

Dalam pada itu, Setiausaha Perdagangan AS, Howard Lutnick turut senada dengan Trump apabila menolak pandangan bahawa ekonomi AS akan merudum pada masa akan datang.

“Tidak sama sekali. Tidak akan ada kemelesetan di Amerika.

“Sesiapa yang menyangkal tindakan Trump sama seperti mereka yang tidak menjangka beliau akan menang sekali lagi dalam pilihan raya presiden tahun lalu.

“Dalam tempoh dua tahun lagi, anda akan lihat pertumbuhan ekonomi terbesar datang dari AS,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya