Trump mahu usir 240,000 rakyat Ukraine dari AS

Trump mahu usir 240,000 rakyat Ukraine dari AS

DONALD TRUMP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Lebih 240,000 rakyat Ukraine yang mencari perlindungan di Amerika Syarikat (AS) berisiko dihantar pulang menjelang April ini selepas Presiden, Donald Trump merancang membatalkan status undang-undang sementara yang diberikan kepada mereka.

Menurut tiga sumber, penarikan balik perlindungan kepada penduduk yang melarikan diri dari konflik dengan Russia itu sudah dirancang sebelum Trump secara terbuka bertelagah dengan

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky semasa pertemuan mereka di Pejabat Oval minggu lalu.

Tindakan itu adalah sebahagian daripada usaha lebih luas untuk melucutkan status undang-undang lebih 1.8 juta pendatang yang dibenarkan memasuki AS di bawah program parol kemanusiaan sementara semasa pentadbiran bekas Presiden, Joe Biden.

Ia menyusul selepas Rumah Putih menggantung perkongsian perisikannya dengan Ukraine dan memotong semua bantuan ketenteraan AS kepada negara yang dilanda perang itu ketika cuba memaksa Kyiv ke meja rundingan.

Menurut pegawai tertinggi pentadbiran, Ukraine hanya akan menerima risikan daripada AS jika Zelensky meyakinkan Trump bahawa beliau serius untuk menyertai rundingan damai dengan Moscow.

Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA), John Ratcliffe memanggil penggantungan itu sebagai ‘jeda’ dan mengesahkan ia berlaku selepas pertemuan buruk antara kedua-dua pemimpin minggu lalu yang turut menggagalkan usaha menandatangani perjanjian mineral yang sudah dirancang.

‘Kami telah mengambil langkah ke belakang dan berhenti seketika bagi menyemak semua aspek hubungan ini,” kata Penasihat Keselamatan AS, Mike Waltz.

Trump dilaporkan turut bercadang membatalkan parol yang diberikan kepada kira-kira 530,000 rakyat Cuba, Haiti, Nicaragua dan Venezuela hujung bulan ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya