Trump hentikan perlindungan Perkhidmatan Rahsia untuk anak Biden - Utusan Malaysia

Trump hentikan perlindungan Perkhidmatan Rahsia untuk anak Biden

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Isnin mengumumkan beliau akan menamatkan serta-merta perlindungan Perkhidmatan Rahsia yang diberikan kepada anak bekas Presiden Joe Biden, yang sebelum ini dilanjutkan sehingga Julai.

Trump, menerusi media sosial, mempersoalkan jumlah pegawai Perkhidmatan Rahsia yang ditugaskan untuk mengawal Hunter Biden, yang ketika ini berada di Afrika Selatan.

Menurutnya, seramai 18 ejen ditugaskan untuk Hunter, manakala Ashley Biden pula menerima perlindungan daripada 13 ejen.

“Dia (Ashley Biden) juga akan dikeluarkan daripada senarai,” katanya.

Sehingga kini, pihak bekas Presiden Joe Biden masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara itu.

Di bawah undang-undang persekutuan, bekas presiden dan pasangan mereka diberikan perlindungan seumur hidup oleh Perkhidmatan Rahsia namun, perlindungan ke atas ahli keluarga mereka yang berumur 16 tahun ke atas hanya diberikan sehingga mereka meninggalkan jawatan, kecuali jika ada pelanjutan khas.

Sebelum meninggalkan Rumah Putih pada Januari lalu, kedua-dua Trump dan Biden melanjutkan perlindungan ke atas anak-anak mereka selama enam bulan.

Ketika melawat Pusat Seni Persembahan John F. Kennedy pada Isnin, seorang wartawan bertanya kepada Trump sama ada beliau akan menarik balik perlindungan yang diberikan kepada anak Biden.

“Kami sudah lakukan perkara itu ke atas ramai individu. Jika benar ada 18 ejen bertugas untuk Hunter Biden, saya akan menelitinya,” ujar Trump.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya