Tiga polis Indonesia ditembak mati ketika serbu pusat sabung ayam - Utusan Malaysia

Tiga polis Indonesia ditembak mati ketika serbu pusat sabung ayam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Seramai tiga anggota polis Indonesia maut ketika melakukan serbuan ke atas pusat perjudian sabung ayam haram di daerah Way Kanan, wilayah Lampung, yang terletak di hujung selatan Pulau Sumatera.

Ketiga-tiga anggota ditembak oleh individu tidak dikenali pada malam Isnin ketika mereka berada di Kampung Karang Manik, mukim Negara Batin.

Menurut kenyataan polis, kesemua mangsa cedera parah akibat tembakan di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mereka yang terkorban dikenal pasti sebagai Ketua Polis Negara Batin Inspektor Lusiyanto, serta dua anggota dari Unit Siasatan Jenayah Way Kanan, Ketua Brigedier Petrus Apriyanto dan Brigedier Dua Ghalib Surya Ganta.

Jurucakap Polis Lampung, Komisioner Yuni Iswandari memaklumkan bahawa seramai 17 anggota dikerah ke lokasi terbabit selepas menerima laporan berhubung aktiviti perjudian haram.

“Ketika tiba di lokasi, pasukan kami diserang individu tidak dikenali, mengakibatkan tiga pegawai terkorban ketika menjalankan tugas,” katanya.
Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Polis Lampung untuk bedah siasat.

Yuni berkata, pegawai kanan Polis Lampung turun ke lokasi kejadian bagi mempercepatkan siasatan dan memburu pihak yang bertanggungjawab.

Sabung ayam masih berleluasa di beberapa kawasan di Indonesia, sering dikaitkan dengan rangkaian perjudian haram.

Pihak berkuasa kerap mengadakan operasi bagi membanteras kegiatan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya