Thailand rekod 1.3 juta barangan digadai pada 2024, emas dan telefon bimbit paling popular - Utusan Malaysia

Thailand rekod 1.3 juta barangan digadai pada 2024, emas dan telefon bimbit paling popular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Kementerian Pembangunan Sosial dan Keselamatan Manusia Thailand mendedahkan sebanyak 1.3 juta barangan digadai di 46 cawangan pajak gadai kerajaan di seluruh negara pada 2024.

Emas, emas merah, dan berlian kekal sebagai barangan paling popular, mewakili 97.56 peratus daripada jumlah barangan yang digadai.

Menteri Pembangunan Sosial dan Keselamatan Manusia, Warawut Silpa-archa berkata, kedai pajak gadai kerajaan telah memberikan pinjaman melebihi 20 bilion baht (RM2.6 bilion) kepada rakyat Thailand pada tahun lalu.

Beliau berkata, telefon bimbit merupakan barangan elektronik paling kerap digadai, dengan 3,190 tiket dikeluarkan dalam kategori elektronik selain kipas, peti sejuk, periuk nasi elektrik, ketuhar gelombang mikro, kuali elektrik, dan pembersih vakum.

Selain itu, sebanyak 3,064 barangan dalam kategori alat kuasa dan peralatan pertanian turut digadai.

“Ada yang menggadai alat yang digunakan untuk pekerjaan atau mencari nafkah, seperti pengisar, pelarik kayu, alat pemotong logam, pam air, penyembur racun perosak, dan penjana elektrik,” katanya.

Sementara itu, ekonomi Thailand mencatatkan pertumbuhan sebanyak 1.6 peratus pada suku pertama, 2.2 peratus pada suku kedua, 3.0 peratus pada suku ketiga, dan 3.2 peratus pada suku keempat 2024.

Bagaimanapun, seorang ahli ekonomi memberi amaran bahawa data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan keadaan ekonomi sebenar tidak selari.

Baru-baru ini, Pejabat Pajak Gadai Kerajaan telah membuka satu lagi cawangan baharu di Bangkok, menjadikan jumlahnya kepada 47.

Peningkatan dalam jumlah kedai pajak gadai ini mencerminkan keperluan kewangan sebahagian rakyat Thailand, terutamanya dalam situasi ekonomi yang masih mencabar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya