GAZA: Tentera Israel mengaku pasukannya telah melepaskan tembakan ke arah bangunan milik Palang Merah di bandar Rafah, selatan Gaza, pada petang Isnin. Dalam satu kenyataan, pihak tentera rejim itu menjelaskan bahawa pasukan yang beroperasi di Rafah melepaskan tembakan ke bangunan berkenaan lebih awal pada hari itu setelah mengenal pasti suspek dan merasakan ancaman terhadap pasukan. Menurut kenyataan itu, tiada kecederaan dilaporkan walaupun bangunan tersebut mengalami kerosakan kecil, “Selepas pemeriksaan, pengesanan sasaran tidak tepat dan bangunan tersebut milik Palang Merah,” akui tentera Israel, sambil menambah kejadian itu akan disiasat. Serangan ini…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya