PARIS: Pihak berkuasa Perancis mengesahkan sekurang-kurangnya empat maut akibat Taufan Garance yang melanda pulau La Reunion di Lautan Hindi, hari ini. Mayat seorang lelaki ditemukan terperangkap di bawah satu daripada ribuan pokok yang tumbang akibat angin kencang berkelajuan hingga 230 kilometer (km) sejam melanda pulau itu, semalam. Menurut pihak berkuasa yang mengemas kini jumlah korban, dua wanita dan seorang lagi lelaki turut terkorban akibat banjir kilat, terperangkap runtuhan lumpur serta kejutan elektrik yang dicetuskan oleh ribut. Lebih 180,000 orang terputus bekalan elektrik dan lebih 170,000 lagi terjejas bekalan air, kata…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya