NABLUS: Penduduk Palestin mengutuk tindakan tentera Israel membakar sebuah masjid bersejarah di bandar Nablus, Tebing Barat yang diduduki ketika melakukan serbuan semalam. Rakaman AFPTV menunjukkan warga Palestin memeriksa bahagian dalam masjid al-Nasr yang menjadi mercu tanda warisan penting di Kota Lama Nablus. Masjid tersebut hangus dan sebahagiannya terbakar selepas operasi ketenteraan yang dilaporkan berlaku antara pukul 2 pagi dan 6.30 pagi. Pihak berkuasa agama tempatan berkata, sejumlah enam masjid telah menjadi sasaran dan kerosakan itu berlaku ketika umat Islam menyambut Jumaat pertama bulan suci Ramadan. Datuk Bandar Nablus, Husam Shakhshir…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya