KABUL: Sebuah stesen TV Afghanistan telah beroperasi semula pada Sabtu selepas ditutup selama hampir tiga bulan oleh kementerian moraliti Taliban. Menurut ketua stesen Arezo TV, Bassir Abid, pita penghalang yang diletakkan di pintu stesen tersebut di Kabul telah dibuka oleh pegawai Kementerian Penyebaran Kebaikan dan Pencegahan Kejahatan (PVPV) negara itu sebelum pihaknya memulakan semula operasi. Pihak Taliban telah menutup stesen TV ini pada 4 Disember selepas PVPV menuduh saluran tersebut disokong oleh media yang sudah diharamkan di negara itu dan mengkhianati nilai-nilai Islam. Tujuh pekerja Arezo TV telah ditangkap tetapi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya