SINGAPURA: Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) akan membeli dua lagi kapal selam kelas Invincible untuk menambah armada sedia ada republik itu, menurut Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen.
Katanya, biarpun Singapura sudah mempunyai empat kapal selam, namun jumlah itu idak optimum untuk sebuah negara perkukuhkan aset ketenteraan.
Memberi contoh negara-negara seperti Australia, Indonesia dan Vietnam, beliau berkata kebanyakan tentera laut negara mempunyai lebih daripada empat kapal selam dalam kalangan armada mereka.
“Kapal selam kami tertakluk kepada kitaran penyelenggaraan yang lebih ketat dan kerap melalui pemeriksaan rapi kerana ia perlu beroperasi di bawah tekanan tinggi, yang sudah dibuktikan kapal selam kelas Invincible.
Tambah Eng Hen, Singapura juga sedang mempertingkatkan kebolehan sistem tanpa pemandu, susulan penggunaan dron kian berkembang dalam arena peperangan moden.
“Ini akan babitkan penubuhan pusat baru bagi pembangunan dan penyepaduan kenderaan tanpa pemandu dalam SAF dan Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF), selain pembentukan kumpulan baru untuk membangunkan keupayaan dron bagi SAF,” katanya.
Katanya, Singapura juga merancang memperoleh Sistem Pesawat Udara Tanpa Pemandu (UAS) kecil dijual secara komersial di pasaran terbuka, yang boleh diguna semula sebagai senjata untuk menangani kumpulan pengganas.
Untuk membina keupayaan pencegahan UAS bagi SAF – termasuk sensor, penyekat radar dan huraian senjata bagi mengesan dan mematikan dron lebih kecil – satu kumpulan Pembangunan dan Operasi Pencegahan-UAS SAF (Scudo) akan ditubuhkan.