Sindiket bapa perkosa anak, sebar video lucah tumpas

Sindiket bapa perkosa anak, sebar video lucah tumpas

sindiket
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Polis Jepun menahan seramai tujuh lelaki yang disyaki merperkosa anak kandung dan anak tiri mereka selain merakam serta menyebarkan video perbuatan jijik itu di dalam media sosial, lapor agensi berita tempatan.

Kesemua suspek itu berusia dalam lingkungan 30 hingga 50-an.

Menurut laporan Kyodo News dan NHK, polis di wilayah Aichi, Jepun menahan beberapa suspek berusia dalam lingkungan 30-an hingga 50-an.

Mereka didakwa memperkosa anak sendiri dan anak tiri yang berusia antara enam hingga 14 tahun secara berulang kali selain merakam perbuatan keji itu dan menyebarkannya dalam talian.

Laporan tersebut turut menyebut kesemua suspek berkenaan terlibat dalam pelacuran dan pornografi kanak-kanak.

Mesej dan rakaman serangan seksual itu juga dikongsi menerusi aplikasi sembang kumpulan dan perbuatan itu dipercayai bermula Disember 2023.

Kegiatan itu terbongkar selepas seorang daripada suspek ditahan pada November lalu berhubung dakwaan merogol seorang kanak-kanak.

Pemeriksaan terhadap telefon bimbitnya membawa kepada penahanan beberapa suspek lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya