Siklon Alfred cetus banjir di pantai timur Australia - Utusan Malaysia

Siklon Alfred cetus banjir di pantai timur Australia

PETUGAS syarikat tenaga mengalihkan pokok tumbang akibat Siklon Alfred di Brisbane, Australia. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOLD COAST: Hujan lebat yang dibawa oleh Siklon Alfred menyebabkan banjir melanda pantai timur Australia, selain menyaksikan lebih 200,000 premis perniagaan dan kediaman penduduk terputus bekalan elektrik.

Biarpun tahap ribut berkenaan semakin perlahan, pihak berkuasa mengeluarkan amaran berjaga-jaga kepada penduduk berikutan banjir dan cuaca buruk di Queensland dan New South Wales.

Ribut itu mencetuskan hujan lebat dalam tempoh 24 jam di Brisbane menyebabkan jalan-jalan Utama di bandar dengan populasi 2.5 juta orang itu dinaiki air.

Keadaan itu juga menyebabkan banyak kenderaan tenggelam, selain banyak harta benda lain rosak.

Ketua Menteri Queensland, David Crisafulli berkata, keadaan di negeri itu serius dengan kebanyakan Kawasan dinaiki air.

“Hujan lebat mengakibatkan paras sungai melimpah dan seterusnya menyebabkan banjir di beberapa Kawasan.

“Oleh hal yang demikian, kami menggesa semua penduduk supaya kekal selamat dan berlindung bagi mengelakkan kejadian tidak diingini,” katanya.

Dalam pada itu, sejumlah syarikat utiliti memaklumkan lebih 210,000 kediaman dan premis perniagaan masih terputus bekalan elektrik di Queensland dan 10,000 lagi terjejas di New South Wales.

Di New South Wales, kerja-kerja memulihkan bekalan elektrik giat dilakukan, termasuk mengalihkan pokok dan tiang elektrik yang tumbang akibat ribut.

Ketua Menterinya, Chris Minns berkata, keadaan cuaca masih tidak menentu dan dijangka hujan terus lebat dalam tempoh 24 jam akan dating.

“Namun, semua notis pemindahan sudah ditarik balik,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya