Setuju henti serang loji tenaga Ukraine, bukan gencatan senjata 30 hari

Setuju henti serang loji tenaga Ukraine, bukan gencatan senjata 30 hari

DONALD Trump berbual lebih satu jam dengan Vladimir Putin bagi membincangkan hala tuju perang di Ukraine. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Donald Trump dan Vladimir Putin bersetuju menghentikan serangan Russia terhadap infrastruktur tenaga Ukraine namun gagal mencapai gencatan senjata penuh dalam satu panggilan telefon yang amat dinantikan, kelmarin.

Pemimpin Amerika Syarikat (AS) dan Russia itu berbual selama lebih satu jam setengah dan kedua-duanya menyuarakan harapan untuk memulihkan hubungan antara kedua-dua negara.

Bagaimanapun, Putin tidak bersetuju dengan cadangan Washington untuk gencatan senjata penuh selama 30 hari di Ukraine.

Kremlin menyatakan Putin bersetuju menghentikan serangan terhadap infrastruktur tenaga Ukraine selama 30 hari dan telah memberikan arahan tersebut kepada tenteranya.

Rumah Putih secara berasingan menyatakan kedua-dua pemimpin bersetuju langkah ke arah keamanan akan bermula dengan gencatan senjata dalam aspek tenaga dan infrastruktur.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky berkata, Ukraine akan menyokong cadangan AS untuk menghentikan serangannya terhadap infrastruktur tenaga Russia, tetapi memberi amaran Russia cuba melambatkan rundingan yang diketuai AS dan melemahkan Kyiv dengan membuat tuntutan baharu.

Zelensky berkata, beliau akan menyokong sebarang cadangan yang membawa kepada keamanan yang stabil dan adil.

Sepanjang peperangan, Russia melancarkan beberapa siri serangan dahsyat terhadap infrastruktur tenaga Ukraine.

Menurut kenyataan Kremlin, Ukraine yang telah mengebom beberapa infrastruktur minyak Russia turut bersetuju dengan gencatan senjata terhadap infrastruktur tenaga.

Menurut kenyataan Rumah Putih, kedua-dua pemimpin itu bersetuju perbincangan gencatan senjata yang lebih mendalam akan bermula serta-merta di Asia Barat.

Kenyataan itu turut menyebut tentang ‘potensi besar’ jika hubungan antara Russia dan AS bertambah baik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya